Wednesday, 6 February 2013

Terma dan Syarat

Terma & Syarat Pembelian Produk
  1. Semua urusniaga dalam blog ini adalah dalam nilai Ringgit Malaysia (RM).
  2. Tempahan adalah melalui borang online (rujuk link di bawah)
  3. Penghantaran PERCUMA untuk pembelian bernilai RM310 dan ke atasdalam satu (1) bil untuk satu (1) alamat penghantaran sahaja di seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak).
  4. Penghantaran di bawah RM310, caj RM12 untuk penghantaran di Semenanjung Malaysia & RM15.00 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
  5. Produk ini adalah untuk digunakan dengan mengikut arahan terkini daripada pengeluar seperti mana yang dinyatakan di http://www.luxornetwork.com.my/.
  6. Memahami disclaimer yang dicatat di bahagian nota kaki blog.
  7. Sebagai pengedar berdaftar kepada LUXOR NETWORK, semua isu berkaitan dengan kualiti produk, kesan penggunaan produk dan kesan tidak langsung pemakaian produk adalah di luar daripada skop yang kami tawarkan.
  8. Maklumat berkaitan produk adalah merujuk kepada info dari web: http://www.luxornetwork.com.my/
Terma & Syarat Penghantaran
  1. Penghantaran produk dilakukan melalui alamat yang telah diisi di ruangan alamat penghantaran produk
  2. Pihak kami menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak pembekal perkhidmatan penghantaran antaranya POS Malaysia, Nationwide dan beberapa syarikat pembekal. Maklumat masa penghantaran dan penerimaan ditentukan oleh pihak syarikat yang membekalkan perkhidmatan penghantaran.
  3. Pihak pelanggan dikehendaki menandatangani bungkusan produk yang diterima dari pihak syarikat pembekal perkhidmatan penghantaran.
  4. Sekiranya pihak pelanggan tidak berada di rumah/premis ketika penghantaran dilakukan, pihak pelanggan dikehendaki mengambil produk yang telah dihantar ke pusat perkhidmatan penghantaran seperti notis yang telah ditinggalkan kepada pelanggan.
  5. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak pelanggan tidak mengambil produk yang telah dihantar kepada pelanggan di pusat perkhidmatan penghantaran seperti yang dinyatakan dalam notis.
  6. Pihak kami menggunakan kaedah pembungkusan yang sama kepada semua pelanggan kami. Sebarang permintaan untuk pembungkusan selain daripada yang kami tawarkan, pihak pelanggan dikehendaki membuat permintaan dan akan dikenakan caj tambahan.
  7. Pihak pelanggan dikehendaki berhati-hati ketika membuka bungkusan produk yang telah diterima kerana dibimbangi akan merosakkan produk tersebut sekiranya tidak dibuka dengan berhati-hati.

Kesilapan
Kami tidak akan bertanggungjawab dan anda akan bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh anda akibat anda memasuki atau memberi maklumat yang salah apabila membuat pesanan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk menyemak bahawa produk diperintahkan, alamat penghantaran dan maklumat lain yang dimasukkan dengan betul

Untuk membuat pesanan sila klik di SINI

No comments:

Post a Comment